alooo

Monday 16 May 2011

Pernah Ke korang TErfikir?

pagi tadi aku banyak berfikir.dalam kotak pemikiran aku banyak sungguh kealpaan yang aku nampak pada diri aku......
banyak yang aku buat tanpa dalam sedar.banyak yang aku pikirkan

cuba kita bayangkan kita bawa duit RM50 kelihatan begitu banyak bila
nak didermakan ke kotak derma masjid, tapi kalau bershoping di Giant atau Jusco memangla tak la cukupnya..

kalau disuruh duduk berzikir selama 30 minit terasa terlalu lama utk berzikir
tp kalau duk mengadap tengok cerita wayang berjam jam pun tak cukup..

bila di masjid plak duduk baru tak sampai 1 jam terasa lama ,
tp betapa cepatnya 2 jam berlalu kalau tengok gambar yang best best.



hari jumaat pulak kita kaum lelaki beragama islam nie mesti la pergi sembahyang jumaat kan..dengar la khutbah jumaat tu tak sampai 30 minit ,
dah rasa jemu tp tak bila dengar lagu Mawi
walaupun dah ulang kat Era berkali-kali tetap nak dengar lagi.

bila duk tengok tv dengar iklan jualan murah dlm tv, rasa tak
sabar-sabar nak pergi beli-belah, tp bila dengar laungan azan
tak sabar-sabar nak tukar channel lain.

kita kalau baca Al-Quran rasa susah sungguh utk habiskan al-Quran
walau satu halaman, tp bila tengok majalah URTV, Mangga
dan novel best-seller 100 halaman pun sanggup habis dibaca.

kalau korang perasan ramai org berebut nak duduk paling depan kalau nak tengok
bola ke , konsert ke, tapi bila masa solat jumaat berebut cari saf paling belakang
sebab boleh cepat keluar.

Pelik bila aku pikirkan benda nie..dalam kealpaan aku mengjar dunia
banyak benda mudah yang aku tak nampak
Tepuk dada ?? tanyalah hati dan iman.
Renungkanlah..

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...