alooo

Saturday 14 May 2011

Lebih 400,000 wanita Congo dirogol setiap tahun

KINSHASA: Kajian sekumpulan penyelidik Amerika Syarikat semalam mendedahkan lebih daripada 400,000 wanita di Republik Demokratik Congo dirogol setiap tahun.

Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagaimanapun menyuarakan keraguan mengenai hasil kajian berkenaan.

Congo yang mempunyai penduduk berjumlah 60 juta berdepan dengan sengketa yang berlarutan selama puluhan tahun. Keganasan membabitkan serangan seks di kalangan orang awam adalah perkara biasa.

 Kajian itu yang menggunakan data seluruh negara yang dikumpulkan oleh kerajaan antara 2006 hingga 2007 mendapati, purata 1,100 orang dirogol setiap hari di negara itu.


Kira-kira 60 peratus mangsa dipaksa mengadakan seks oleh suami atau teman masing-masing.

“Kadar rogol di negara itu adalah tinggi. Wanita di negara itu tidak selamat daripada keganasan seks,” kata Tia Palermo, antara yang terlibat dalam kajian itu.

Bagaimanapun, kesahihan kajian itu dipersoal oleh ketua agensi PBB yang menangani keganasan seksual di negara itu, Beatrix Attinger Colijn yang berkata, sampel kajian itu terlalu kecil.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...